salam to alls…

sedar x sedar, kita ni boleh digolongkan sebagai umat akhir zaman…. ye la kan, banyak benda yg sepatutnya dilakukan tetapi tidak dilakukan, benda yg x sepatutnya dilakukan dilakukan tanpa segan silu….

entah la, nak menegur tapi diri sendiri pon x perfect lagi….

sejak dua menjak nih, slalu la melayari laman web kegemaran ramai, iaitu facebook…. tgk la jugak gambar2 member, news feed yg melambak²… pastu ada yg x sudah2 pukul member dengan bantal (sudah la, aku benci dengan apps yg ntah apa² nih.. aku stuju kalo facebook ni berbayar hanya utk apps je…). kembali ke cerita asal, banyak la tgk gambar² mereka yg cuba menunjukkan percintaan dan keromantisan bersama “pasangan” masing²…

ok la, sometime u need to show how u’r in love with urs.. tapi cam xyah la nak taruk gambar peluk bfren/gfren la.. gambar pegang tangan la… dah la benda tu haram (seperti memegang kulit babi) then nak berbangga plak dengan benda yg haram.. in addition, ada la jugak rakan² turut memberikan komen seperti “how sweet!!!!”, or “cutenya”, or watever… manusia manusia….

ada jugak yg berbangga bergambar dgn rakan² mat saleh dihadapan botol² kencing syaitan… x tau la diorg teguk skali ke x.. tapi xyah berbangga dgn kencing mahkluk yg keji itu… pergaulan bebas lelaki perempuan jgn cakap aa.. dah macam artis² kat malaysia plak aku tgk (well baru² ni duk baca blog pasal artis malaysia…)…

utk yg lelaki plak, ramai jugak yg kononnya ganaz nak bergambar pakai rantai or gelang, ada yg x berbaju…. hmm x tau ke kalo ikut lumrah alam, hanya kaum wanita je yg boleh pakai benda² camtu… yg sotong plak, it’s not wrong to be lembut, tapi jgn la lebih² plak… kat sekolah kan belajar, pakaian² yg haram dipakai oleh seseorang lelaki, iaitu apa² sahaja yg boleh menyerupai perempuan…

well, malas nak banyak cakap malam ni.. pikir²kan la sendiri.. korang pandai, ada belajar luar negara.. kalo xleh terima pandangan ni, sorry la.. aku orang ‘kampung’, x leh terima sangat lifestyle budak ‘bandar’…

hello and assalamualaikum…

yesterday, i just had lunch with our beloved ambassador in France… i’m not alone la.. ada dalam 15 students, most of whose are ajk Masaf including newly-wed hadi n asma, n parisiens….

memang sgt puas hati la smalam.. unluckyly ramai lg x dpt dtg, sebab lambat gak dapat jemputan nih.. kul 11 malam hari jumaat baru dapat invitation…

mula2 cam biasa la, dato’ ambassador berucap.. bagi kata2 nasihat.. belajar…. kerjasama antara Malaysian in France… curi technology diorg.. patati patata… well, it was actually his last speech to us in France sbb dia dah nak retired x lama lagi….

tapi secara jujurnya, I come there for a good food.. menu nya : nasi lemak + rendang ayam + ikan sweet sour + sup ayam + sayur + buah + + + … senang kata sedap sangat la… makan sekali pasti nak lagi….tapi time majlis tu, xde la nak makan banyak sgt sgt… ye la, kononnya nak menjaga adab…

finally, we ended up visiting rumah kak yus, bermain2 ngan anak dia dan sambung makan (dinner)… sedap2.. ditambah dengan kesedapan air panas served by abg Burn (suami kak yus)… thanks alot kak yus n family sebab sanggup terima tetamu cam kitorg..

lepas ke rumah kak yus, kitorg bergerak jalan² di Champs Elysées… mostly masuk kedai2 kereta such as Mercedess, Toyota, Renault, Citroën n Peugeot… then lepak kena chocolat chaud kat Quick yg berdekatan..

pendek kata, kenyang perut ni beb.. makan x igt punya… aiyo, kena control sket makan nih..

assalamualaikum,

harap semua orang sihat2 hendaknya… sedar x sedar dah tahun 2010 dah kita.. mungkin ramai yg x sedar, tapi aku rasa yg masa berlalu begitu pantas… start pada aku lahir tahun1986, then start gi skolah tahun 1993, pastu masuk sekolah menengah 1999… spm 2003 then fly ke France 2004….. rasa cam kejap jugak dah dekat 6 tahun aku menetap kat France nih… walaupun hati ini sangat bosan utk terus duduk kat France nih.. umur pun makin lanjut, bila dah mencecah 23 ni…

so 2010 ni x tau la apa yg akan berlaku… personally xde azam sendiri.. sebab selalunya x penah buat pun azam tu… utk pelajar2 kat France ni, kami kick off 2010 dengan exam weeks.. seronok x? hehe.. hai, apa la yang aku duk jawab aritu.. x tau la camne results dia nnt…. then last weekend, i’d been to Poitiers, ade talk program for juniors to give them some guidance for their choices of écoles/iut….

well, lots of questions were asked.. ada yang berjawab dan ada yg still tergantung… well, there are a few question with a straight answer.. ex: dekat ecole ni belajar ape ek? … dan ada juga soalan yg mempunyai seribu satu jawapan, i.e susah x belajar electronic? apa beza electronic n electric? camna nak tau kita ni mampu nak survive kat ecole? etc.

well, my personal advices:

  • at least, kita kena tau apa yang kita minat… jangan la memilih sesebuah ecole tu hanya kerana lokasi nya… or nak ikut kawan… well, kalo dah nekad nak buat electronic (for example), there’s no point to think deeply of going to INSA or not, ur choice can be ecole d’électronique such as ESIEE or IUT GEII…
  • there’s no question of susah ke x? generally, semua benda yang ada kat mana² ecole memang susah… as an electronician, i can’t simply say that chemistry is simple, base on my chemistry results during preparation.. mungkin apa yg diorang belajar lain, lebih mendalam, plus détaillé….
  • study la sket career opportunity kat malaysia sket.. kekadang ada technology tuh x masuk malaysia lagi.. memang la nama bidang tu sedap tapi….. entah la. lu pikir la sendiri! Unless korang nak stay kat europe la…
  • do lots of reading… n increase ur knowledge.. u’ll need it anywhere!
  • tanya la senior² yg sedia membantu…

well well well… kalo ade yg berminat utk tau pasal my personal experience at ESIEE Paris, do contact me….

hmm ape lagi ye tahun 2010 ni??? kawen?? x de la.. kawan² kawen ade la.. hehe… jangan lupa kahwen sudah… maybe travelling lagi, who knows…. abang aku akan kahwin bulan may nih.. so lepas ni memang ‘turn’ aku la.. malas jugak kalo ada orang2 duk tanya “bile nak kahwin ni?? abang dah selamat kahwin dah??”…

sebut pasal kahwen, ada kursus pra-perkahwinan yg bakal dianjurkan pihak MASAF this february… so, kepada yang berminat, sila la cepat2 daftar… aku x sure nak gi ke x.. tengok la camne nanti…. seronok gak dapat gi, sambil berjalan2 di lyon sambil menuntut ilmu n sambil makan makanan² di jamuan CNY.. killing three birds with one stone.. one stone la sgt… nak jalan jauh2 malas deh, nak save duit.. utk kegunaan masa depan…

satu lagi, sebut pasal duit.. aku kadang2 merasa hairan sebab ramai jugak member2 yg asik duk ngadu xde duit la, bank negatif la, itu la, ini la.. especially pada bulan january, april, july n october…. kalo skali skala xpe la (sbb jalan travel yg sgt best or some emergency cases), ni macam setiap masa je… maaf kalo ada yg terasa, but I think there are something wrong with ur financial planning.. or simply u don’t have one… well, igt2 la kita ni bukan kat Malaysia, xde duit leh mintak kat FAMA… then x tau la duit anda telah diperbelanjakan utk apa.. walaupun orang melayu selalu berkata “duit dah ada tu guna je la, bukan leh beranak pon” tapi kita kena berjimat cermat jugak.. tahu beza mana keperluan n mana kehendak… nanti kat Akhirat nnt pun tuhan akan tanya camna kita belanja duit kita..

itu la pesanan dalam lagu raihan, igt 5 perkara sebelum 5 perkara… salah satunya, kaya sebelum miskin…. pikir² kan la… finally, aku nak ucapkan takziah atas pemergian saudara Kamal (JPA FP7) yang meninggal dunia semalam kat Niort.. terkejut jugak, sambil menjadi satu wake-up call bahawa selain cinta, maut juga x kenal usia…. jadi igt lah satu perkara : hidup sebelum mati……

sekian wassalam…

Assalamualaikum.. belom hilang lagi penat berjalan kat Egypt.. ada tournament futsal plak… well, this tournament was participated by 5 teams..

-team Rennes (semua bintang)
-team kitorg (Shaark FC)
-team metz (bokte)
-team wakchem
-team satu lagi sorry aku x igt nama…

first match lawan team Rennes.. stratergi kurang menjadi.. kitorg kalah 2-0….

second match, best la semua orang main.. I played def midfield.. berjaya closed down pihak lawan n diorg susah nak shot… menang 3-1 .. tiga2 Ako@Safuan score (2 penalties)…

third match lawan budak metz… ketinggalan 1 gol (x guna ali).. kami akhirnya bangkit utk menang 2-1 hasil jaringan Ako lagi n Adan…. I missed a good chance to score.. It was the only match Pudin had played during this tournament..

4th match, lawan team yg tidak diketahui namanya.. finally, I scored the goal.. pastu diorg score balik.. then Ako score penalty (again!!) then kick off je diorg score balik…. igtkan dah seri, tetiba Pison@Faeez score the winning goal right before ref tiup wisel.. menang la 3-2….

dgn 3 menang dan 1 kalah, akhirnya ktorg dapat tempat kedua, sama mata ngan Rennes (team semua bintang)… tapi diorg score banyak gile kot…

so kepada Shaark FC yg diwakili oleh aku, Faeez, Adan, Ako, Hakim, Fadhil, Pudin dan Khalid selaku keeper cemerlang, Congratz!!!! last year semua kalah, this year dapat no 2.. good job!!

Egypt is a very nice place to visit… rich with history, culture, nice food etc…

Cairo

x berapa seronok sangat at my first impression.. kotor, airport bersepah, x mesra pelancong lansung… well, at least dah tau sket camne perangai orang2 arab nih….

tapi cairo penuh dengan sejarah dan tempat2 yg menarik utk dilawati…

1) pyramid of Giza… one of the seven world’s wonders… besar jugak, lebih besar dari yang aku jangkakan… terletak di tgh padang pasir… ni dulu2 tempat firaun duduk, tempat dia disemadikan dan tempat orang2 dulu sembah firaun.. pyramid ni dulu pernah dibom beberapa kali masa French, British n Yahudi perang n cuba untuk musnahkan satu keistimewaan negara mesir ni tapi x dapat…. kepada para pelancong, jangan layan sangat dgn peniaga2 kat sana.. most of them penipu dan cuba ambil kesempatan.. kalo dia suruh beli (or lebih tepat, kalo diorang paksa kita untuk beli) jangan layan langsung…

2) makam2 ulama’ ² dan tokoh² zaman dulu seperti saidina Hussein, Imam Shafie…. pergi la melawat, sambil berdoa…

3) masjid² yang cantik dan penuh dengan sejarah.. masjid Al-Azhar memang cantik, masjid Saidina Hussein n masjid Amru al As pon x kurang hebatnya.. lebih cantik kalo tahu cerita disebaliknya…

4) makanan yg sedap… pada harga yg murah.. hehe.. kepada yg mengidam KFC, disinilah tempatnya hehe.. tapi harga makanan lebih murah n rasanya lebih sedap… cuba lah stuffed pigeon diorg (burung merpati disumbat nasi) sedap beb.. kalah herbalife.. kat sana pon banyak kedai air buah.. try la air tebu (Asob dlm arab).. manis n menyegarkan… kepada yg rindukan makanan malaysia, pergila makan puas.. tapi jangan la terlalu sangat tunduk pada nafsu… kesihatan harus dijaga.. harga dia pon murah…

tapi Cairo nih banyak gak backdraws dia… diorg ni memang xde sistem langsung.. contoh terburuk adalah cara diorang drive la… ada traffic light tapi x guna, ada bulatan tapi buat ’short cut’ jugak… berhati2 lah ketika melintas jalan raya… dan jangan hairan sekiranya bunyi hon pada frekuensi yg agak tinggi ( well i did my measure, its about 4 hons per minutes per driver, and almost 1 hon per second kalo berada kat jalan tuh) walaupun berdekatan dengan masjid n hospital…

dan rakyat2 nye yg biadap sket… kalo kat kaunter kfc tuh, ada yg x reti beratur.. sedap2 je sorg mamat tuh potong aku.. pastu suka marah orang.. padahal diorg yang salah.. sometimes they can be so stupid ignorants…. n suka paksa2 orang.. bila orang xnak kadang2 dia marah.. well chacun son choix… respect la orang lain sket…

Alexandria

Sebuah kota yang terletak di tepi laut… my expectation?? it must be a very beautiful city… tapi agak meleset jugak jangkaan tu.. actually, Alexandria nih macam bandar berwajah dua : bandar yg agak mundur di pendalaman tetapi sangat cantik bila kita menghampiri persisiran pantai…

well, my advise for those who want to come to Alexandria :

- never trust taxi drivers who want to take you for a day trip.. they will charge you at a very high price.. walaupun x semahal jalan2 kat europe, but still u won’t be satisfied…

- take your time n enjoy the view of Mediterranean… don’t forget to visit Qait Bay citadel, montazah palace (we actually missed this one because of our taxi driver), library of montazah…

- if u get to alexandria by train, make sure u take the right train.. in fact, walaupun ada je kaunter tiket kat train station, tapi diorg xnak jual tiket kat kitorg, n diorg suruh beli atas train… harga dalam 41 LE (around 6 euros) for 1st class n 2nd class…

- seafood agak mahal… kitorang makan kena 50 LE sorang.. itu pun lepas diorg cuba beberapa kali nak menipu kitorg.. nak charge salade yg kitorg makan la, itu la, ini la….

Sinai

Actually, Sinai has to be my favourite place now… xde la seronok mana pon, tapi dia x macam tempat2 lain yg aku penah pergi…. Well, hampir semua kawasan sinai ni covered by padang pasir.. so tau2 la climate dia macamana kan, siang sangat panas dan malam sejuk…

our first experience of crossing Suez canal, then melawat telaga Nabi Musa (sila baca sejarah nabi musa utk info lebih lanjut), dan gua yg berwap sebagai tempat Firaun bermandi sauna (masih digunakan sampai sekarang)… pengalaman paling best, tayar bocor tgh2 perjalanan.. Alhamdulillah, dia bocor masa dekat petrol station, so senang la sket… ambik masa sejam jugak utk gi kedai utk tampal tayar semua… itulah dugaan yg harus ditempuhi sebelum sampai ke kawasan St Catherine….

It was really cold place to stay at night… dah la camp tempat kitorg tdo tuh xde heater pon… harap selimut tebal je… xpelah, tidur pun x lama.. 2 jam je.. kul 1 kitorg start naik panjat gunung sinai.. ketinggian dalam 2200 meter kot (according to our guide, Sayid).. 1 jam pertama ok lagi, sgt tenang, sgt fit… jam berikutnya dah start lenguh sket.. tangga pon makin banyak.. dah la gelap, x nampak sgt jalan… jam ketiga agak mencabar, apabila angin mula bertiup dan kesejukan mula menusuk kalbu…

we stayed at the top of the mountain, waiting for Subuh (ini adalah sembahyang subuh paling sejuk dalam sejarah) n then for the sunset… MasyaAllah, very beautiful.. bila dah terang tu, dapat tgk kawasan sekeliling.. Subhanallah, rasa happy gila dapat panjat gunung n tgk ciptaan tuhan yg cantik2 ni… perjalanan turun agak mencabar tapi lagi cepat.. we did it within 30 minutes.. kira expressway la ni.. tapi lepas turun tu lutut menggeletar.. xleh berdiri tegak..

sebelum kitorg bertolak balik ke cairo, ustaz bawa kitorg makan ‘nasi ayam’ kat sana.. sedap gila beb… pastu teguk air sejuk.. fuh, lega rasa tekak yg kering tu.. then melawat makam nabi harun n nabi saleh serta melihat kesan ‘lembu samiri’ sebelum bertolak ke Cairo…. dalam perjalanan, singgah sebentar di kawasan hamam semalam sebab ada orang mengidam nak mandi laut.. hehehe… well, it was tiring but never mind, I learnt a lot….

Journey back to Paris

haha, sampai sudah hari terakhir di Cairo… bersiar2 sekitar Khan el Khalili membeli souvenir.. then KFC utk kali terakhir (sakit perut weh)… finally we went back to Cairo International Airport… mula2 salah terminal, gi terminal 3 yg lawa… tp flight kitorg kat terminal 2 yg sgt buruk.. kat departure hall tu, toilet pon xde, kena gi arrival hall…. huhuhu sabar je la….

well, i have mix feeling about egypt.. seronok beb… tapi pada masa yg sama, tension gak ngan orang2 dia… kelmarin baru lepas layan cter Ketika Cinta Bertasbih.. cter ni took place kat Cairo n Alexandria.. tekenang aa balik.. best cter ni, rugi kalo x tgk.. hehe.. k la.. kalo nak tgk pic, sila tgk di facebook ye…

sekian Assalamualaikum…

seronok tengok gelagat penyokong2 fanatik bola ni, terutamanya EPL….

basically, diorg terbahagi kepada 5 golongan…

1. penyokong manUnited
2. fan chelsea
3. fan liverpool
4. fan arsenal
5. fan lain2 (man city, villa etc.)

semangat kekadang tgk diorg ni, kadang2 kalah player2 dalam padang…. kalo sebelum match tu, ada je yang update status.. ada yg cakap besar la, mengharapkan kekalahan teruk team musuh… ada yang mengharapkan tuah berpihak kepada pasukannya….. itu baru pre-match talks….

lepas match lagi best…

  1. bile salah satu dr ‘big 4′ ni kalah (except liverpool, sbb liver asik kalah je skang), fans team lain mula la mencaci2… kadang2 x best nak dengar.. rilek la.. bola je kot.. bukan kita yang untung, orang yahudi gak… chelsea nye bost yahudi, man u pon yahudi, arsenal pon dengar2 ade link ngan yahudi.. barclays penaja utama epl pon yahudi punya…
  2. ramai yang suka cakap besar… even season baru separuh je… sangat confident akan menang title tahun ni.. aku slalu tgk ramai fan cakap konfem menang la, ala team sayur je.. x kire le fan man u ke, chelsea ke, arsenal ke… tuhan tu maha berkuasa.. orang belagak pasti akan menyesal!!! hehe…
  3. bias terhadap team masing2 mesti ada dalam komen2 mereka.. mula2 team A kalah n then complain kata ref buat kontroversi.. dubious call for penalty/ red card/ off side/ hend ball/ free kick… pastu team B,C dan lain² kutuk fan team A… “dah kalah tu kalah la, banyak bunyi plak”… sat2 beberapa minggu kemudian, team B ni plak kalah disebabkan benda yang sama, n still ada fans team B yg complain pasal ref jugak.. hehehe, ada rotation di situ…
  4. menyemakkan page facebook aku dengan kuiz2/ apps dalam facebook seperti : siapakah anda dalam epl?? adakah anda arsenal, chelsea atau man united??, dan sebagainya… hehehe, come on, get a life!
  5. ada juga yang suka cakap banyak, bajet pakar analisis bola.. tapi main bola malas, malah ada juga yg kaki bangku…

itu sahaja komen utk kali ini.. kepada yang suka cakap banyak n kutuk2 orang pasal bola, sila download FM2010 or PES2010… baru best…

sapa nak beli monitor?? utk extend laptop monitor… aku nak jual flat screen aku nih…

LG Flatron L1919S… 19″ …. contrast 2000:1 … click here to view

beli pada tahun may 2007… quality ok!!

harga masa beli : 160€ ….

harga untuk dijual : 60 € ….

reason utk di jual : dah ada bnyk screen…..

interested???? msg me at mail : eyeglory72@gmail.com

Selamat hari raya aidiladha semua orang……

Tahun ni x best, raya jatuh time kelas penuh plak…

Well, hidup sebagai seorang student di perantaun.. mungkin itulah pengorbanan tahun ni…

However, kalo tanya ramai orang kat oversea, kadang2 ada yang baru tahu bahawa esok adalah hari raya haji.. padahal, raya haji tu antara perayaan terpenting dalam agama islam..

Kat malaysia pun, sambutan di pantai barat especially x begitu menggalakkan.. semua dah penat raya aidilfitri kot.. hehe…

ok la, selamat hari raya semua.. kepada yang x beraya, selamat ke kelas :)

abang aku nak bertunang sabtu ni… hehe, nampak gayanya aku x dtg lg la majlis perkahwinan abang aku… (x pernah datang majlis kahwin keluarga^^)..

this is not funny, and should be taken seriously….

Semalam, aku baru lepas pulang melawat seorang sahabatku di hospital…  sakit buah pinggang… tahukah anda apa akibat kalau kena renal failure nih?? ni antara akibat² nya:

1) buah pinggang ni macam filter dalam badan.. buang segala toxic2… bayangkan buah pinggang x berfungsi, penuh toxic nnt dalam badan..

2) bila buah pinggang x berfungsi, macam2 restriction nanti.. antaranya, u need to attend a dialysis session 3 times per week.. pastu xleh makan makanan yg banyak potassium, garam etc. minum air pon xleh banyak… at most 1 liter per day.. kalo terlebih or x follow treatment dgn betol, bahaya.. jantung or organ2 yg lain boleh di serang dan ……

So, orang cakap mencegah lebih baik dari mengubati…

1) Jagalah permakanan anda.. ingatlah diabetes pon boleh menyebabkan sakit buah pinggang… minum air kosong banyak² (at least 8 glasses per day), then kurangkan minum minuman bergula (coca cola, pepsi, orangina, oasis etc…). pastu untuk yg suka memasak, kurangkan guna garam dalam masakan.. jgn makan masin2 sgt….

2) Jgn la amik medicament (pil or ubat-ubatan) yang pelik2 *… ramai orang yg nak kurus contohnya, amik pil pembakar lemak… pil2 nih ada toxic.. so kalo amik bnyk², bertambah banyakla kandungan toxic dalam badan…. so kalo nak kurangkan berat badan, kuruslah secara naturally… exercise more n don’t eat a lot…..

3) instead of coffea or minuman yg bergula, baik amik tea or green tea.. kajian menunjukkan teh hijau ni membantu badan kita membuang toksik2 dalam badan… walaupun x sesedap coca cola, tapi it worth ur health….

4) don’t be so lazy!!! please do some exercises.. at least 3 session per week, 20 minutes per session.. it’s good for your cardiovascular system… besides, boleh tolong badan kita keluarkan air yg berlebihan, selain dari hanya mengharapkan ginjal kita utk keluarkan air kencing… don’t let your renal working alone…. nanti dia akan cepat penat satu hari nanti..

5) jangan segan2 utk pegi jumpa doktor buat ujian air kencing setiap tahun.. kadang2 kita x sedar yg kita mengalami masalah buah pinggang….

inilah sahaja untuk setakat ini… bacalah n amik iktibar… kalau ada yang annoying sbb blog ni banyak tulis pasal kesihatan je, x diwajibkan utk baca.. tapi tanyalah diri sendiri, ramai x orang yang betul2 jaga kesihatan or permakanan mereka???

I’am not telling, but I’am just sharing…..

for more reading about this topic, here and here

* remember, herbalife F1 is not dangerous, it is just a nutrion drink to replace ur breakfast for example… bukannya pembakar lemak dan menjadikan anda kurus lebih cepat..

this joke was told by my english teacher.. stephen david..

during the football match Ireland vs France at Croke Park, dublin, Mr Sarkozy asked for a private box* at the stadium. Then the stewards asked him back, “what size of box do you want sir??? Small? Big? Medium??”

hahaha

fyi, Mr Sarkozy, French president is a small and short person …

*box : satu bilik khas untuk VIP kat stadium…